Sunday, December 20, 2009

Bila Bulan Mengambang

Pabila bulan mengambang
Aku merenung ke sana
Mencari walau secalit ketenangan
Ingin ku basahkan hati ini
Ingin ku damaikan jiwa ini
Agar aku mampu senyum aman
kerana aku semakin lemas dalam derita yang menyesakkan
Aku tiada lagi daya untuk berjuang
Ruang hitam semakin mengaburi pandangan
Aku ini seorang insan yang lemah
yang masih mencari ketenangan
Apabila bulan sedang mengambang

by zayty zarina