Tuesday, May 25, 2010

Jika Esok Aku Tiada

Jika esok aku tiada
Jangan tangisi pemergianku
Mungkin masanya telah tiba
untuk derita ini berakhir

Jika esok aku pergi
Iringilah aku dengan doa
Kenanglah daku dalam setiap baris kata
Agar aku tidak pernah hilang dari memori

Bunga akan kian indah berkembang
Langit biru menghiasi alam
Ombak pasti menghempas pantai
Burung-burung tetap berkicau riang
Walaupun esok aku telah tiada

by zayty zarina (24 may 2010)

Wednesday, January 6, 2010

Bila Kita Sayang by zayty zarina

Bila kita sayang seseorang
Kita akan terima segala baik dan buruknya

Bila kita sayang seseorang
Kita akan sanggup berkorban apa sahaja untuknya

Bila kita sayang seseorang
Kita akan genggam tangannya bila dia menangis duka
untuk beri kekuatan kepadanya

Bila kita sayang seseorang
Cukuplah memandang ke matanya penuh pengertian
bahawa dia tidak keseorangan

Bila kita sayang seseorang
Kita tidak akan bertanya sampai bila aku mampu
untuk bertahan menyayangi dirinya

Jika pernah terbit perasaan ini
Kau belum benar-benar menyayangi dirinya

Tuesday, January 5, 2010

Jeritan Pilu ku

Dalam mengharungi perjalanan kehidupan yg panjang ini, aku sering kali terjatuh dan tersungkur...tapi aku sentiasa mampu bangkit, tabah melangkah dan terus berjalan...aku tidak kenal erti putus asa...betapa sakit, betapa payah ku rasakan, aku percaya ada yg lebih baik menanti ku, aku percaya masa yg akan mengubati luka2 ku

Tapi kenapa begitu payah sekali aku hendak bangkit dr perasaan yg membelenggu diriku kali ini...aku bagaikan tewas dengan belitan perasaan yg semakin mencengkam diriku...aku ingin bebas, aku mahu aku seperti aku yg dulu, yang gagah melangkah, tanpa mengenal rasa gentar...tp aku semakin tenggelam dlm dunia yg semakin gelap ku rasakan...aku tidak temui jalan keluar...aku tidak temui sinar yg aku cari...aku masih lagi meraba mencari walau sedikit ketenangan...tapi aku belum lagi temui...mungkinkah aku ditakdirkan utk tidak menemui ketenangan itu?

Aku perlukan insan itu untuk sentiasa berada di sisiku dan memimpin tangan dlm kegelapan yg menakutkan tp dia juga bagaikan putus asa...sampai bila?? sampai bila perlu memimpin tangan ini yg msh dahagakan ketenangan? aku tiada jawapannya...jauh di sudut hati aku menjerit kepiluan...inikah balasan atas segala pengorbanan? air mata semakin deras mengalir di pipi cengkung ini, sudah tidak mampu kutahan lagi...menitislah air mata kerana kau teman ku yg setia...biarlah org yg memandang mengatakan aku lemah kerana aku tahu titisan ini memberikan aku sedikit kekuatan

Mahu aku katakan pada dunia, jika ini yg kalian hadapi, kau akan faham apa yg aku lalui...jangan sewenang2 nya mencemuh & memandang ringan kerana kau tidak tahu dan tidak akan faham apa yg aku rasai...begitu hinakah aku di matamu kerana aku menagih kekuatan mu? begitu jijik kah aku kerana memohon pengertian darimu?

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa2 ku...kembalikanlah aku yg tabah dulu...berikanlah aku kekuatan dlm mengharungi dugaanMu...sesungguhnya aku ini benar2 hambaMu yg lemah...amin.

Sunday, December 20, 2009

Bila Bulan Mengambang

Pabila bulan mengambang
Aku merenung ke sana
Mencari walau secalit ketenangan
Ingin ku basahkan hati ini
Ingin ku damaikan jiwa ini
Agar aku mampu senyum aman
kerana aku semakin lemas dalam derita yang menyesakkan
Aku tiada lagi daya untuk berjuang
Ruang hitam semakin mengaburi pandangan
Aku ini seorang insan yang lemah
yang masih mencari ketenangan
Apabila bulan sedang mengambang

by zayty zarina

Sunday, November 8, 2009

My Feeling

I'm hiding what I'm feeling
It's not love but it's just the thing that I'm feeling
I'm all alone with this feeling
Trying to get help but I don't know how
and who's willing to give a hand

I'm falling deeper and deeper
in this spinning darkness
It's all a blur and I'm frantically terrified
I can't breathe and it's suffocating
I can't laugh but I have to smile
I cannot having fun cos all I wanna do is cry
I'm trying to be normal but I know that I'm not
I feel so helpless in this hopeless world
I can't run, I can't hide
I might as well kill myself and end this never ending misery

A few years has gone by
and I'm still hiding what I'm feeling
I know the painful truth that it's definitely not love
It's just the thing that I have to live with

by zayty zarina

Sunday, June 14, 2009

Perasaan ANEH itu.......

Dulu aku xkisah pun pasal kawen....xprnah terfikir pun nak kawen dalam masa terdekat ni....ntahla, mgkin xcukup duit lg kot....atau belum sampai seru lg....apa yg aku pk juz nak keje, cari duit yg banyak, bayar balik hutang PTPTN yg xtau bila nak abis bayar & juz enjoy lif dgn friends

Tp skrg bila ramai plak member2 yg dah menamatkan zaman bujang & dara, ada jugak yg tgh otw (dah tunang), terbit rasa yg aneh jauh di sudut hati....ntahla, perasaan tu lain mcm jer.....perasaan yg meronta2 ingin melepaskan diri....perasaan yg semakin hari semakin kuat

Malam td aku main dgn anak buah yg comel, namanya Rania....baby girl sepupu aku yg pertama....sepupu aku tu muda 1 tahun dr aku....dulu aku ada rasa kehilangan bila sepupu aku tu kawen krana dia adalah sepupu yg paling rapat dgn aku.....mana2 jer mesti kitorg sentiasa brsama....kadang2 aku rasa marah sbb dia kawen & aku xkaen lg....bukan jeles tp sbb aku hilang seorg best friend

Skrg aku xda la perasaan marah tu lg....mugkin sbb aku dah lali kot.....aku pun bz jgk dgn keje....ermmm.....aku dah lari dr topik nih.....a'ways, masa aku main dgn rania malam td....aku perasan bahawa perasaan yg aneh yg ada di lubuk hati aku tu tiba2 muncul lg

Adakah ini bermakna aku teringin nak kaen jgk????mungkin, sbb aku adalah manusia biasa yg ingin mencintai & ingin juga dicintai....aku adalah wanita yg juga mahu punya anak secomel Rania....tp...entahlah.....

Hidup ini lebih complicated dr apa yg aku fikirkan.....aku hanya mampu mewarnai fantasi bahagia yg aku cipta sndiri

Friday, March 27, 2009

ENDS HERE

Near this lake
I sat by myself
Trying to forget, trying to reflect
What life has offered and what more I can give

I am feeling sad & yet feels so happy
I dont understand why I must cry
When all I want to do is smile

Birds are singing & the sun is shining
Everything looks so divine, so appealing
I look at the sky
It turns from light blue to dark yellow
And I know it is time, to say goodbye

Goodbye mother, goodbye father
My charming brother & lovely sisters, I shall not forget
To all my friends
I am sorry that my life is a misery
And it ends right here, this is the time

by zayty zarina